WAN FAUZIDAH BINTI LAGU D20102044510 EL-S02

Pages

Friday 25 November 2011

LAWATAN SOSIAL KE RUMAH MURID LINUS

Peranan pihak sekolah dalam Program Linus ini sangat penting. Guru Besar Sk Taginambur (En Hj Yusof bin Haji Masram) bersama-sama guru-guru penolong kanan telah turun padang (PK1: Pn Suzana Simbeh, PKHEM: Pn Mimsy Doumin dan PKKOKUM: Pn Mas Bun Suh binti Abdullah)...Mereka telah mengadakan lawatan sosial ke rumah-rumah murid Linus Tahun Dua 2011...Segala usaha pihak sekolah dapat membantu 3 orang murid Linus Tahun 2 tersebut...Buktinya selepas saringan 6 (kohot 1) mereka telah masuk ke kelas perdana. Tahniah dan syabah diucapkan...

Perbincangan antara Guru Besar dan PK1 bersama murid Linus

Jelas diwajah seorang ibu inginkan kejayaan anak-anaknya

Perjumpaan ke dua di rumah murid linus (murid kembar) bersama guru linus Tahun 2 merangkap PKHEM Sk Taginambur.

Saturday 12 November 2011

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

Literasi  ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam opeasi wang, masa dan ukuran panjang.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah di anjurkan oleh pihak PPD Kota Belud, bagi meletakkan Kota Belud sifar linus tegar. Antaranya...

KEM LINUS TEGAR LITERASI DAN NUMERASI

a)  LITERASI :

Tarikh             : 22 September 2011 (Khamis)
Masa               : 8.00  pagi hingga 5.00 petang
Tempat           : Asrama Desa, Sk Kuala Abai, Kota Belud, Sabah.

                                     pendaftaran murid-murid linus bersama guru dan ibu bapa

                                                          Aktiviti memancing suku kata

                                                        Bimbingan  kemahiran menulis
 
b) NUMERASI

Tarikh             : 23 September 2011 (Jumaat)
Masa               : 8.00  pagi hingga 11.30 pagi
Tempat           : Asrama Desa, Sk Kuala Abai, Kota Belud, Sabah
Terlibat           : 7 orang guru Numerasi Tahun 2
                       : 15 orang murid LINUS Tegar




                                                  Bimbingan mengira dari guru-guru linus

                                                    Antara jawapan yang biderikan oleh murid

Gelagat murid-murid linus

KEM GERAK GEMPUR LINUS

Tarikh             : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa               : 8.00  pagi hingga 5.00 petang
Tempat           : SMK Pekan II, Kota Belud, Sabah.
Terlibat           : 20 orang guru LITERASI dan Numerasi Tahun 2
                       : 40 orang murid LINUS Tegar
                                                       Perasmian Gerak Gempur Linus

                                                            Antara aktiviti yang dijalankan

                                                                   Mengira jumlah wang

                                                              Permainan dam ular